Tuesday, August 23, 2016

Syarat kelayakan dan struktur program Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya

P/s legit ada tangga macam ni dekat Fakulti Ekonomi UM. Good luck haha.

Hai yalls, so baru-baru ni sis duduk browse the internet dan sis perasan yang tiada page atau website yang betul-betul menerangkan dengan jelas struktur program Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Malaya. Jadi sis ambil inisiatif ni untuk memberi sedikit info tentang syarat kelayakan dan apa yang terkandung dalam program Bachelor of Economics, UM.
Berikut adalah syarat kelayakan untuk mengambil kursus ini.

Keperluan Khas Program
Kategori STPM (Sains & Sastera)
Lulus STPM dengan minimum PNGK keseluruhan 3.30
Gred B+ (NGMP 3.33) dalam salah satu (1) mata pelajaran STPM berikut:
-          Ekonomi
-          Perakaunan
-          Matematik S/ Matematik T / Matematik M
-          Pengajian Perniagaan/Pengurusan Perniagaan
-          Further Mathematics
Minimum Gred B dalam Matematik SPM.
Minimum Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET)
Lulus temuduga.

Kategori Matrikulasi/Asasi (Aliran Sains)
Lulus Matrikulasi/Asasi dengan minimum PNGK 3.30
Minimum Gred B+ (NGMP 3.33) dalam subjek Matematik peringkat Matrikulasi/Asasi
Minimum Tahap 3 (Band 3) dalam MUET
Lulus temuduga.

Kategori Matrikulasi/Asasi (Aliran Perakaunan)
Lulus Matrikulasi/Asasi dengan minimum PNGK 3.30
Mendapat minimum Gred B+ (NGMP 3.33) dalam salah satu (1) mata pelajaran pelajaran Matrikulasi/Asasi berikut:
-          Ekonomi
-          Perakaunan
-          Matematik
-          Pengajian Perniagaan
Minimum Gred B dalam Matematik SPM
Minimum Tahap 3 (Band 3) dalam MUET
Lulus temu duga.

Calon Diploma
Memiliki Diploma UiTM atau Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.30 dalam mana-mana bidang berikut:
-          Diploma Perakaunan
-          Diploma Pentadbiran Awam
-          Diploma Pengajian Perniagaan
-          Diploma Pengajian Bank
-          Diploma Analisis Pelaburan
-          Diploma Pemasaran; atau
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan
oleh Senat Universiti Malaya dengan minimum PNGK 3.30; atau

Mempunyai Sijil A-Level yang diiktiraf dengan minimum Gred B+ (NGMP 3.33) dalam salah satu (1) mata pelajaran A-Level berikut:
-          Ekonomi
-          Perakaunan
-          Matematik
-          Pengajian Perniagaan
-          Matematik Lanjutan
Mendapat minimum Gred B dalam Matematik GCSE/GCE ‘O’ level.

Mempunyai Diploma International Baccalaureate yang diiktiraf dengan mendapat minimum Gred B dalam salah satu (1) mata pelajaran berikut:
-          Ekonomi (TahapTinggi)
-          Matematik (Tahap Tinggi)
-          Pengajian Perniagaan (Tahap Tinggi)
Minimum Gred B pada peringkat Diploma International Baccalaureate dalam Matematik (Tahap Biasa).

Semua informasi ni sebenarnya sis ambil dari Prospektus Sarjana Muda Ekonomi 2014/2015. Anda boleh klik di SINI untuk ke laman yang berkenaan bagi memuat turun dokumen prospektus terkini. Anda boleh dapatkan semua informasi dari prospektus tersebut tapi kalau anda tak gigih nak baca 165 muka surat, sis tolong ringkaskan dalam entri ini. Dan sis juga akan tambah info berdasarkan pengalaman sis sendiri.

Okay, di Sarjana Muda Ekonomi ni adalah satu-satunya kursus degree yang ditawarkan di bawah Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Tempoh pengajian minimum 3.5 tahun (7 semester) dan maksimum 5.5 tahun (11 semester). Pada semester ke-7, anda akan dikehendaki untuk melakukan praktikal atau “internship”. Anda dikehendaki melengkapkan 123 jam kredit secara keseluruhan yang terdiri daripada University courses, faculty core courses dan elektif seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.


Bila anda masuk sebagai freshie nanti, anda akan diberikan cadangan struktur pengajian yang akan menunjukkan kepada anda apa yang dicadangkan untuk anda ambil pada setiap semester. Kalau anda taknak pening, ikut je cadangan yang diberikan. Tapi kadang-kadang cadangan tu tak dapat diikut 100% sebab kelas yang anda nak ambil tu berkemungkinan penuh.

Apa-apa pun, sedikit guideline, kalau anda perhatikan kod kursus 4 huruf dan 4 angka (cth: EXEE1103), nombor pertama tu lah yang menentukan tahun berapa anda patut ambil kursus itu. Jadi dalam contoh yang saya berikan, nombor pertama ialah 1. Jadi anda tahu yang anda perlu/dicadangkan ambil subjek itu pada tahun pertama, tak kiralah semester 1 atau 2. Batch terkini (2015/2016), kod tu dah jadi 3 huruf dan 4 angka (cth: EIB2001).

Kursus teras fakulti anda wajib ambil semuanya. Tak boleh pilih-pilih. Dan kursus-kursus inilah yang sangat mencabar hohoho. Bagi saya lah. Mungkin bagi anda tidak. Dan kebanyakan kursus ini berangkai. Contohnya, anda hanya boleh ambil Mikro 2 setelah anda lulus Mikro 1 dan Mikro 3 setelah anda lulus Mikro 2.

Begitu juga untuk kursus-kursus berikut:
Makro 1 > Makro 2 > Makro 3
Statistik 1 > Statistik 2 > Ekonometrik Asas

Kursus berangkai ni bahaya. Jika anda tak lulus salah satu, kemungkinan besar anda akan terpaksa extend pengajian anda. Tapi disebabkan konvokesyen UM hanya dilangsungkan sekali setahun iaitu pada bulan Oktober, pelajar ekonomi mempunyai ruang untuk extend 1 semester dan masih boleh graduate bersama-sama rakan batch anda! Haha bertuah kan? Sebabnya jika anda habis pengajian dalam tempoh minimum iaitu 7 semester, anda akan habis pada bulan Januari. Tunggulah sampai Oktober baru grad.

 Kursus elektif pula anda bebas memilih 9 kursus yang anda minat. Batch sis adalah batch terakhir yang ada 10 pilihan pengkhususan (majoring) yang pelajar boleh pilih atau tidak pilih. Antaranya;

1.       Ekonomi Monetari & Kewangan (Monetary & Financial Economics)
2.       Ekonomi Antarabangsa (International Economics)
3.       Ekonomi Buruh (Labour Economics)
4.       Ekonomi Sumber & Alam Sekitar (Resource & Environmental Economics)
5.       Pembangunan Perusahaan (Enterprise Development)
6.       Pengajian Pembangunan (Development Studies)
7.       Pentadbiran Awam (Public Administration)
8.       Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management)
9.       Ekonomi Politik (Political Economy)
10.   Statistik Gunaan (Applied Statistics)

Jadi kalau anda nak buat pengkhususan, anda perlu ambil sekurang-kurangnya 7 subjek di bawah pengkhususan tersebut.

TAPI ni time sis la. Lepas batch sis, pengkhususan telah diwajibkan kepada pelajar Ekonomi UM. Pelajar mesti buat pengkhususan atau “tracking” dalam salah satu dari 4 bidang berikut:

1.       Economic (19 subjek untuk dipilih)
2.       Development Studies (15 subjek)
3.       Administrative Studies & Politics (16 subjek)
4.       Applied Statistics (12 subjek)

Pelajar diwajibkan memilih pengkhususan pada tahun kedua dan perlu mengambil 9 subjek (27 jam kredit) dari pengkhususan yang dipilih. Tahun pertama anda hanya akan ambil subjek teras fakulti dan subjek universiti. Masuk tahun dua baru boleh mula ambil elektif. Tapi tak semua subjek ditawarkan serentak. Contohnya dari pengkhususan statistik, setiap semester mungkin hanya akan tawarkan 4 subjek. Jadi kena pandai-pandai susun supaya anda dapat ambil apa yang anda nak.

Jadi lepas ni jangan ragu-ragu lagi nak ambil degree in economics sebab masa depan anda bukan hanya sebagai economist (rata-rata tak rasa pun economist is a job that makes money which to me is absurd), tapi juga dalam pelbagai bidang lain contohnya politik, kewangan, penganalisis statistik, perancang pembangunan, bahagian sumber manusia dan macam-macam lagi. Di dalam kursus sarjana muda ekonomi di UM terutamanya, anda akan belajar dan diberi pilihan untuk belajar pelbagai aspek dalam ekonomi.

Guide ni sis tujukan kepada yang belum masuk belajar lagi. Tapi don’t worry, nanti minggu orientasi di fakulti, anda akan diberikan penerangan yang lebih terperinci tentang semua ni. Anda juga akan dipasangkan dengan BUDDY iaitu senior yang akan bantu anda. Apa-apa, boleh tanya buddy anda. Sis sekarang bukan setakat buddy sis je, buddy orang lain pun tanya dekat sis jugak. Haha bolehlah~

Jika anda pun nak jadi buddy sis secara tak rasmi, boleh pm di Fb okay ;) Hahaha.
Harap informasi yang diberikan membantu. Untuk keterangan lebih terperinci, sila baca sendiri prospektus yang 165 muka surat tu ye hiks.

P/s Bachelor of Economics in UM will be fully taught in English.

31 comments:

  1. Hi akak. I really need you help. Can I email you ? Nak tanya pasal course yg akak ambil di um. Btw saya dari asasi um sendiri :)

    ReplyDelete
  2. salam akak. saya muhammad zauki ekram. saya ada bnyak soalan nk tanya akak pasal apa yg akak terangkan tu. can i have your whatsapp number or ur email. i hope u can help me �� thanks sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Dkt sidebar blog ni ada link to my instagram and FB. Boleh PM di sana ye :)

      Delete
  3. assalam .trima kasih ats penerangan akak sngt mmbantu sy.masih byak yg ingin brtanya. bleh sy dptkan wasap akak or kat mana sy nak dptkan fb&insta akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Alhamdulillah, glad it helped you :) Ada saya letakkan link IG dan FB di sidebar kanan dalam blog ni. Ig: Mora Fazira FB: Mora Faz

      Delete
  4. klau utk lpsn spm x sesuai ke trus ambk bidng ekonomi?mean trus msk u tnp ambk asasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas SPM, mesti ambil pre-universiti atau diploma. Pre-u tu bolehlah ambil asasi ke, matriks ke, STPM ke, A-levels ke etc. Yang ni kira shortcut la compared to diploma 3 tahun. Lepas tu baru boleh ambil degree di universiti. Kalau macam UM, kursus diploma sangat limited, ada 4 je kalau tak silap. Itu pun di bawah bidang business sahaja. Kursus2 lain semua peringkat degree.

      Delete
  5. Assalamualaikum sis..spm dulu sy amik aliran sastera. Now, sy apply upu degree economy um. Syarat kelayakan dh lepas cuma cgu sy ckp kne ad basic addmath supaya peluang nk msuk tu lebih mudah.. tapi sy xde basic addmath,just ade basic economy spm.. so, sy nk tnya betulke addmath spm tu penting utk apply degree
    economiy? Hopefully for ur immediately reply...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Kalau takde basic addmath tak menghalang untuk diterima masuk degree ekonomi. cuma nanti time awak study tu la awak akan struggle sikit. ada je kawan2 in my batch yg tak ambil add maths masa spm. no worries.

      Delete
  6. Salam,mmg kene ade akaun jgak ke utk lpsn spm??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, no. Kalau untuk kursus ekonomi, tak memerlukan akaun.

      Delete
  7. Slm kak.saya de apply kos ni untuk lepasan stpm.then, saya lupa nak semak sama ada saya lulus @ x.program ni de temudugakan?.tarikh semakan dh lepas. Mcm mn nak tahu saya dpt temuduganya kak even tarikh semakan dh lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Rasha, alamak rasanya I'm responding to this a bit too late now. Result UPU dah keluar kan? Hope it went well for you :)

      Delete
  8. Assalamualaikum kak, saya skrg ni pelajar stpm sem 3 n saya rasa subject ekonomi is really fun.. Saya nk tahu, kalau ambik course ni, career opportunity dia macam mana? Boleh ke saya jadi guru ekonomi? Thankyou...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, if you nak jadi cikgu ekonomi, you will have to sambung degree in teaching. Sbb skrg kalau tak silap tak boleh jadi cikgu without degree perguruan. So after STPM maybe you boleh apply di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sana ada offer teaching degree.

      Delete
  9. Assalamualaikum akak...kalau la fail satu atau dua subjek,boleh ka kita nak repeat dua2 subjek sekaligus utk next sem??dan betul ke boleh apply sekali je utk extra kredit nih??๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, repeat atau tidak ni bergantung kepada beberapa faktor:
      1. Sama ada subjek2 tersebut ditawarkan pada sem berikutnya. Sesetengah subjek hanya ditawarkan dalam sem1/sem2 shj tiap2 tahun.
      2. Sama ada awak ada jam kredit mencukupi utk ambil paper repeat tersebut. Kalau tidak, kena apply extra credit hour (ada limit rasanya tapi sis takde experience in this sorry). Cuba tanya fakulti.

      Delete
  10. Ape beza dgn course syariah dan ekonomi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I believe it is taught at an entirely different faculty. Syariah di Akademi Pengajian Islam kan? So in terms of how the course is structured is entirely different (electives offered, majoring etc). I don't know much about Syariah course, you can probably look at the prospectus dkt website UM and compare for better clarity on this :)

      Delete
  11. Akak... nk tanya apa beza pulak dengan ism syariah dn ekonomi..ijazah berkembar ke?

    ReplyDelete
  12. Kak pls jawab secepat mungkin huhu.. Ada ke lepasan asasi sains uitm atau matriks aliran sains dapat tempat di um dalam bidang ekonomi atau bidang lain spt acc/finance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry, sangat2 busy especially time PKP ni. Boleh je. Try apply, kalau layak, lulus iv, ada kekosongan, semestinya ditawarkan. Kalau boleh letaklah sebagai pilihan atas dalam UPU tu ye (Pilihan 1/2/3) sbb dari aliran sains kan. Kena tunjuk effort lebih sikit kenapa nak tukar aliran tu. Tapi generally shouldn't be a problem :)

      Delete
  13. Nak sis jadi buddy boleh Tak? byk soalan nak Tanya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha silakan, drop DM di insta k. Sis tak approve semua orang hehe...

      Delete
  14. asalam kak...nk tnya besar tak prospek kerjaya bgi lepasan um tuk course ekonomi ni..sebb sy baru bercadang nk amik course ni ...n nk tanya klau dpt pointer yg baik ad peluang untuk study luar tak?๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…n peluang kerjaya tu besar tak dalam industri dalam n luar negara especially for eksport n import๐Ÿ˜…maaf bnyk tanya sebb masih tertanya2 lgi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Untuk study luar ni usually no problem la because UM is the top national university in Malaysia. Biasa yg susah ni is to get scholarship to study abroad. Peluang kerjaya memang luas, banyak bidang yg boleh masuk no worries. As long as bidang tu social science, boleh apply untuk kerja ;)

      Delete
  15. Ms. Nak tanyalah mengenai Diploma UM Business management kelayakan minimum nk ambik degree UM ekonomi ape eah?? Especially dari sudut CGPA

    ReplyDelete
  16. salam kak. saya ada request akak di ig.saya berminat nk sambung degree eko. ada beberapa soalan nk tanya :)

    ReplyDelete
  17. Salam kak nk tnya kalau graduate dripada diloma pentadbiran korporat blh ke?

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum kak.
    Boleh saya dapatkan instagram atau Facebook akak tak
    Banyak bende nak tanya ni

    ReplyDelete